BANGI, Jumaat – Seorang lelaki Palestin yang merupakan tahanan paling lama ditahan oleh rejim zionis Israel dibebaskan pada awal pagi semalam.
Pihak berkuasa pendudukan Israel membebaskan Maher Younis, 63 tahun daripada penjara di Negev, Israel selepas 40 tahun dipenjarakan.
Dalam pada itu, pembebasan Maher dihargai secara meluas namun Israel melarang sebarang perayaan dan sambutan ke atas hari yang dianggap bersejarah berkenaan.
Sepupu Maher, Karim Younis mencabar larangan itu dengan mengatakan orang ramai akan mengadakan perayaan yang selayaknya.
Sebelum ini, Maher menyertai pergerakan Fatah sebagai seorang lelaki muda dan dituduh membunuh seorang askar regim zionis Israel serta didakwa memiliki senjata secara haram.
Berikutan penahanannya pada 1983, dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati bersama sepupunya, Karim dan Sami Younis namun hukuman itu dikurangkan atas rayuan kepada penjara seumur hidup.