BANGI, Jumaat – Pengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah langkah taktikal ketika ekonomi terus berada dalam kedudukan yang kukuh.
Penganalisis Ekonomi, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, bank pusat memainkan peranan secara strategik bagi tempoh 2019 hingga 2022 dengan terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.
Dasar monetari itu menjadi keutamaan BNM dalam memenuhi mandat unjurannya ketika semua bank global menaikkan kadar faedah bagi membendung lonjakan harga dalam ekonomi global.
“Bagi saya, sebahagian besar bank pusat global ini akan bertindak mengurangkan kadar itu selepas suku ketiga dan keempat tahun ini bagi menyokong trajektori pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).BNM akan terus menyokong ekonomi di peringkat makro lagi,”
Shan juga menyifatkan keadaan inflasi semakin memuncak di rantau Asean dan akan hanya susut dalam suku ketiga 2023 manakala tuas dasar monetari itu pula memerlukan tempoh selama 12-15 bulan untuk memberi kesan di peringkat makro bagi menurunkan harga komoditi-komoditi utama.
Tambah beliau, ringgit menunjukkan kestabilan dari segi struktur dan meningkat sebanyak 10.64 peratus sejak Oktober 2022.
Selain ringgit dijangka meneruskan aliran kenaikannya pada 2023 dan mencecah sekitar paras 4.10 hingga 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Bank pusat mengekalkan OPR bagi membolehkan ia menilai kesan kumulatif pelarasan OPR yang lalu berikutan kesan lewat dasar monetari ke atas ekonomi.
Dalam perkembangan berkaitan, penyelidikan oleh MIDF menjelaskan BNM mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk menilai prestasi pasaran selepas peningkatan lebih 100 mata asas (bps) yang diputuskan pada tahun lepas.
Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 2.75 peratus.
“Langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus menentukur tetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan mampan,”