BANGI, Sabtu – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan beliau mempergunakan dua ahli parti itu untuk membuat bantahan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, semalam.
“Saya tidak berselindung di sebalik proksi atau bulldozed motion (paksaan). Saya berjuang dengan cara sendiri. Baru betul ‘sedia untuk lawan’,” katanya.
Ia selepas dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada RoS semalam berhubung usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti kekal tidak dicabar dalam pemilihan parti.
Menerusi menerusi hantaran di Facebook hari ini, Puad mempersoalkan sama ada tindakan terbabit satu keberanian atau kedua-dua hanya dipergunakan.