BANGI, Sabtu – Sengaja mahu mencetuskan provokasi, sebilangan pemuda Israel minum arak di luar masjid Bab Al Moud yang terletak di perkarangan Masjid Al Aqsa.
Memburukkan lagi keadaan mereka sengaja kencing di kawasan ruang luar masjid suci itu di bahagian dinding dan pintu masjid berkenaan.
Mereka juga kemudian berkumpul dan menyanyi beramai-ramai dan mengibarkan bendera Israel.
Perlakuan mereka seolah hanya dilihat tanpa dilarang oleh tentera rejim. – Middle East Monitor