BANGI, Sabtu – PAS akan menentukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah Kelantan dan Terengganu.
“Kita akan berbincang sesama sendiri dan ia terpulang pada kami bila mahu bubarkan DUN.Sama ada mereka (PH) nak ikut atau tidak, itu terpulang. Selama ini pun, mereka banyak mengikut kita.Sebelum ini, kita buat kenyataan tidak mahu ikut membubarkan Parlimen, mereka ikut juga,” – Tan Seri Abdul Hadi Awang / Presiden PAS
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan akan dibuat di peringkat parti dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum tarikh sesuai ditetapkan.
Beliau menegaskan, jika negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) iaItu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN pada Jun itu terserah kepada mereka.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional(PN) di Ladang Alam Warisan pada Sabtu.
Abdul Hadi berkata pihaknya akan mengkaji dari segi kesan kepada pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda dan orang balik bercuti raya.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, satu pertemuan akan diadakan di antara Menteri besar dan Ketua Menteri enam negeri itu bagi membincangkan tarikh yang sesuai.
Aminuddin juga ada memberi jangkaan untuk DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada bulan Mei depan bagi memberi laluan PRN diadakan sama ada pada Jun atau Julai.