BANGI, Ahad – Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengalu-alukan pendirian Arab Saudi berhubung normalisasi hubungan dengan negara haram Israel.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, PA berkata, pendirian Arab Saudi mencerminkan sokongan sebenar kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka.
PA berkata, ini termasuk sokongan untuk hak rakyat Palestin di semua platform antarabangsa.
Katanya, pendirian ini berada di bawah kepimpinan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammad Bin Salman.
Pendirian itu dinyatakan ketika Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Bin Farhan Al-Saud mengesahkan pada Khamis bahawa tidak akan ada normalisasi hubungan dengan Israel tanpa negara Palestin.
Saudi Arabia🇸🇦 Refuses Normalization With Israel🇮🇱 Without Solution to Palestine Cause https://t.co/GKJaRYsgbk
— Africa Updates (@africaupdates) January 21, 2023
“Penormalan dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara,” katanya kepada Bloomberg TV ketika wawancara diadakan di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos.
“Penormalan dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara,”
Menurut Bloomberg, Menteri Luar mengesahkan bahawa perjanjian untuk mewujudkan negara Palestin akan menjadi prasyarat bagi mewujudkan hubungan diplomatik rasmi dengan Israel. – Agensi