BANGI, Ahad – Pemberian ubat mencegah penyakit HIV, Pre-Exposure Prophylaxis atau PREP disarankan diberikan kepada penerima golongan berisiko secara bersasar.
Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim Mokhtar, berkata beliau bersetuju dengan pandangan beberapa mufti yang menyatakan pemberian ubat PReP adalah dilarang kepada pasukan golongan homoseksual yang melakukan avitiviti berkenaan dianggap bersubahat kepada aktiviti songsang.
Malah menurut beberapa kajian pengambilan ubat itu oleh salah satu pasangan yang dijangkiti HIV hanyalah dalam 20 peratus namun selebihnya pula diambil oleh golongan homoseksual.
Menurut Dr Rafidah dalam sebarang perancangan perubatan dan kesihatan aspek sosio budaya dan agama dalam komuniti serta pembabitan masyarakat perlu diambil kira untuk keberkesanannya.
Justeru, kata beliau pandangan mufti yang menolak pemberian PREP kepada golongan berkenaan adalah dilakukan secara terperinci dan bukan menolak secara total.
“Jadi kalau kita kata pemberian PReP, tidak disasarkan kepada golongan yang sepatutnya, bermaksud ada golongan dikategori haram untuk menerimanya kerana menggalakkan aktiviti berisiko tinggi atau aktiviti homoseksualiti maka mereka yang golongan kedua ini tidak wajarlahlah dan saya ingat mufti menjelaskan secara terperinci dan bukan secara total pengharaman PReP itu tetapi kepada golongan yang berhak menerimanya iaitu isteri atau suami kepada pasangan yang positif HIV”, jelas beliau.
Tambah beliau dalam pemberian PReP di beberapa negara, kajian menunjukkan hanya 20 peratus mereka yang menerima PReP adalah golongan suami atau isteri yang menjadi pasangan positif HIV.
“Sebenarnya perkara yang tidak didedahkan ialah dalam banyak kajian di dalam bahkan di luar negara, apabila PReP dimulakan, 80 hingga 90 peratus yang akan datang mendapatkan PReP adalah golongan homoseksual. Ada yang mengatakan bahawa kalau kerajaan hendak buat polisi ini untuk menangani isteri atau suami yang menjadi pasangan kepada yang positif HIV. Mereka ini hanya 20 peratus sahaja, jadi jika mereka 20% sahaja maka kerajaan wajar untuk berikan secara bersasar iaitu 20% sahaja kita punya wang, tenaga melihat kepada sasaan yangbetul dan tidak perlu 80 peratus lagi itu yang boleh lagi dibimbing untuk tidak melakukan aktiviti homoseksualiti.”
Menurut beliau sekiranya polisi ini tidak ditangani dengan sebaiknya maka ia berkemungkinan pengurusan tenaga kesihatan kepada malah berkemungkinan membuka ruang kepada aktiviti pengamal homoseksualiti baru.
“Oleh itu maslahah, mufti melihat kebarangkalian yang lebih besar, dan saya sendiri sebagai pengamal kesihatan melihat perlakuan baharu yang mungkin meningkat”
Sebelum ini dalam ruangan soal jawab Jabatan Mufti selangor, melarang pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV kepada pasangan homoseksual.
Menurutnya, pengambilan atau pemberian ubat itu hanya diharuskan kepada pasangan suami isteri.
Pandangan itu juga dipersetujui oleh mufti Pulau Pinang dan Sabah yang melarang pemberian PReP kepada golongan homoseksualiti.