BANGI, Isnin – Perolehan kumpulan pertama buat kapal tempur pesisir (LCS) telah dikurangkan daripada enam kepada lima unit, setelah permohonan meneruskan projek itu dibincangkan semula oleh badan kerajaan.
Perkara itu disahkan oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman yang juga memaklumkan perjanjian tambahan yang keenam akan ditandatangani tidak lama lagi.
Beliau berkata demikian, ketika berucap di Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-18, di Auditorium Wisma Pertahanan , Kementerian Pertahanan hari ini.
Abdul Rahman turut menjelaskan, sekiranya perjanjian itu dijalankan, ia membolehkan proses yang seterusnya dapat berjalan serta pembinaan projek berkenaan akan diteruskan seperti yang telah dirancang.
Sementara itu, beliau memaklumkan dengan kehadiran kapal LCS ini, dapat memperkukuhkan lagi dan melancarkan segala tugasan dengan lebih cemerlang.
Tambah beliau, perolehan Kapal Littoral Mission Ship (LMS) kumpulan kedua akan direalisasikan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.