Difahamkan sebelum ini Wanti dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19.

Sejak itu, tahap kesihatannya mula merosot dan sering menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom Covid berpanjangan.

Rakannya, Fatihah Zakinan sebelum ini berkata, Wanti tidak mempunyai penjaga selama terlantar sakit dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.

Allahyarhamah kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang oleh ahli keluarganya pada Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia.

Selain pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Wanti merupakan bekas wartawan Berita Harian dan Media Variasi serta bekas pemenang Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institute (MPI).