BANGI, Selasa – Israel menyebabkan 13 rakyat Palestin terbunuh dan mencederakan lebih 100 orang rakyat menerusi operasi ketentaraan berskala besar di Jenin.
Laporan media menyatakan operasi ketenteraan besar-besaran melibatkan lebih 1,000 Israel di utara Tebing Barat menyasarkan puak Palestin di kem pelarian Jenin berakhir dengan kedua-dua pihak mengisytiharkan kemenangan.
Selama 48 jam, dron Israel, helikopter, jentolak, dan lebih 1,000 tentera mengerumuni kem itu cuba membunuh atau menangkap pejuang Palestin.
Pada hari Rabu, seorang rakyat Palestin menilai kerosakan setelah dua hari keganasan menyebabkan kemusnahan yang besar.
Paramedik Bulan Sabit Merah Palestin, Khaled Al-Ahmad memberitahu The Media Line bahawa keadaan di dalam kem adalah kemusnahan total dan kemusnahan di jalan, bangunan, dan kereta.
Sementara itu, rakyat Palestin turut melakukan protes jalanan pada sebelah malam di Utara Ramallah disebabkan tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan itu.