BANGI, Selasa – Orang Melayu kekurangan wang ringgit serta idea dari menguasai ekonomi negara berbanding orang Cina.
Bagaimanapun, kestabilan pemerintahan lebih 60 tahun dalam bidang politik serta pentadbiran oleh orang Melayu juga secara perlahan-lahan dirampas oleh orang Cina.
Pengasas Proklamasi Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada apa yang berbaki untuk bangsa majoriti apabila orang Cina berniat untuk menjadi lebih berkuasa.
Menurut hantaran Facebooknya, beliau menegaskan tidak salah untuk orang Melayu bangkit mendapatkan mandat politik yang memperjuangkan perpaduan Melayu tanpa menentang orang Cina.
Mengulas lanjut, membenarkan orang Melayu menguasai politik, orang Cina masih berpeluang hidup makmur dan membuat keuntungan, namun jangan hilangkan bangsa Melayu dari negara dan sejarahnya.
“The Malays made a concession to accommodate Chinese and Indians migrants.
“They need not be assimilated upon gaining citizenship.
“But that does not mean that the identity of this country must change.
“By all means make money in Malaysia.
Kenyataan Tun Mahathir menjadi ciapan popular nombor satu di Twitter pada hari ini.
Beliau dengan sinis berkata, pendatang di negara lain perlu berasimilasi jika menetap di negara itu.
Namun, orang Melayu membuat konsesi untuk menampung pendatang Cina dan India tanpa perlu diasimilasikan walaupun mendapat kerakyatan.