BANGI, Rabu– Kumpulan gerakan Houthi di Yaman, yang mengawal kawasan utara negara itu, mengharamkan import dari Sweden sebagai tanda protes terhadap pembakaran al-Quran di Stockholm.
“Yaman adalah negara Islam pertama yang mengharamkan import barangan Sweden selepas negara itu melanggar dan mencemarkan kitab suci umat Islam,” kata Menteri Perdagangan Houthi.
Menteri itu berkata keputusan yang dibuat mempunyai nilai simbolik dan menyeru negara-negara Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya.
Insiden seorang lelaki membakar al-Quran berlaku di luar Masjid Pusat Stockholm dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, terutamanya dari negara-negara Islam.
Sweden berkata pihaknya tidak boleh mengharamkan demonstrasi kerana peraturan kebebasan bersuara.
Golongan Houthi telah menggulingkan kerajaan yang disokong Arab Saudi dari Sanaa pada akhir 2014, iaitu pihak berkuasa de facto di utara Yaman.
Kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu diwakili oleh Majlis Pimpinan Politik (PLC), yang dibentuk di bawah naungan Saudi tahun lalu.