BANGI, Khamis – Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar diramalkan untuk kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar
Beliau ketika ditanya pemberita memberitahu, meskipun memegang jawatan sebagai pemimpin nombor tiga dalam parti itu, beliau tidak semestinya akan terpilih secara automatik sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Tambahnya, keputusan berhubung sama ada namanya tersenarai sebagai calon bakal ditentukan oleh jawatankuasa tertinggi parti setelah tapisan berkenaan dilakukan oleh Majlis Syura Ulama PAS.
Pada PRU14, Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang sejak tahun 2008 hingga 2018 dengan majoriti sebanyak 6,028 undi.
Beliau memperolehi sebanyak 13,851 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nik Dir Nik Wan Ku yang memperoleh 7,823 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) Zarawi Sulong (729 undi)