BANGI, Khamis – Keadaan geopolitik UMNO kini dilihat semakin lemas setelah berlakunya siri perpecahan dalam kalangan parti itu sendiri.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib menyifatkan UMNO sedang berpecah dan parti keramat orang Melayu itu tenggelam jauh ke dasar lautan.
Dr. Kartini juga berkata, dek kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hilang kewibawaan, penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beralih undi kepada Perikatan Nasional (PN).
“Buat masa ini, saya, melihat UMNO berpecah, dan pecahan itu dari dalam, seolah-olah UMNO kian lemas jauh, dan tenggelam ke dalam lautan.
“Apabila hilangnya, kewibawaan Ahmad Zahid, ramai penyokong “Bossku”, telah bersedia beralih undi kepada Perikatan Nasional,” katanya
Beliau turut memaklumkan, antara siri perpecahan dalaman UMNO juga dapat dilihat apabila MIC dan MCA berundur daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di enam negeri, 12 Ogos ini.
Katanya, ia juga sebagai satu simbolik bahawa parti itu kian menolak kepimpinan UMNO yang ketuai Ahmad Zahid.
“Bahawa MIC dan MCA, tidak bertanding dalam pilihan raya negeri, di enam negeri yang akan datang ini dilihat sebagai simbolik, sebenarnya menolak kepimpinan UMNO, di bawah Ahmad Zahid.”
Dr. Kartini menambah, melalui pengamatan sebagai penganalisis politik, beliau turut melihat kebangkitan Melayu dan bumiputera pada saat ini berlaku kerana penolakan yang jitu terhadap Kerajaan Persekutuan khususnya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.
Kelmarin, media melaporkan terdapat penyokong-penyokong ‘Bossku’ didakwa tidak akan mengundi calon-calon BN pilihan raya di enam negeri akan datang.