BANGI, Jumaat – Keputusan MUDA untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di kubu terkuat Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai satu percaturan berani mati.

(Dr Mohammad Tawfiq Yaakub, Penganalisis Politik )
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub menyifatkan tindakan MUDA itu terlalu awal untuk membuktikan mereka tidak lagi menjalinkan kerjasama bersama PH.
“Saya sebenarnya berpandangan, muda mengambil jalan untuk bertempur secara berani mati, di kawasan kubu kuat PH tetapi apa yang dapat rumuskan.
“Hari ini masih terlalu awal untuk saya menyatakan bahawa, MUDA dan PH ini bekerjasama, MUDA pada peringkat awal untuk bergerak secara solo dalam tempoh satu bulan daripada sekarang,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, keputusan itu juga merupakan strategi dan taktikal politik yang mula dimainkan oleh MUDA.
Jelasnya, ia juga memberi isyarat bahawa MUDA berpotensi untuk bertanding di mana-mana kerusi yang selama ini dinaungi parti komponen PH iaitu AMANAH.
“Malah, kita lihat, MUDA juga akan meletakkan calon, berkenaan jadi ini merupakan, strategi dan taktikal politik yang digunakan oleh MUDA untuk, membuatkan bahawa parti tersebut berpeluang dan berpotensi untuk bertanding di kerusi-kerusi amanah,” katanya.
Setelah kecewa dengan Kerajaan Madani yang hanya memberikan ‘omong kosong’, MUDA tekad dengan pendirian untuk bertanding secara solo bagi PRU DUN KE15 di enam negeri, 12 Ogos ini.
Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi mencalonkan diri beliau untuk bertanding di DUN Seri Serdang yang sebelum ini dimenangi Dr Siti Mariah Mahmud daripada AMANAH.
MUDA turut meletakkan calon di DUN Batu Tiga yang kuasai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail iaitu Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen.
Kedua-dua kawasan ini merupakan kubu kuat PH dan tindakan MUDA meletakkan calon di kawasan DUN ini dilihat bagi mematahkan undi rakyat kepada PH.
Pengumuman kumpulan pertama ini turut menamakan Melanie Ting Yi-Hlin sebagai calon yang akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bagi calon terakhir yang diumumkan, MUDA turut mencabar DUN Sentosa dengan meletakkan R. Thanusha sebagai calon di kawasan yang ditadbir Gunarajah R George dari PKR.
Majoriti DUN Sentosa ini terdiri daripada kaum India dengan populasi sebanyak 38.2 peratus diikuti Melayu 26.0 peratus dan Cina 35.4 peratus.