BANGI, Sabtu – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff tampil membuat kenyataan berkenaan dengan perasaannya ketika dihentam dan dikritik.
Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, beliau turut menjawab persoalan mengapa beliau mengambil sikap berdiam diri ketika dihentam dan dikritik.
“Orang tanya, apa perasaan saya bila dihentam dan dikritik. Kenapa diam dan tidak jawab? Perlukah dijawab?” jelas beliau menerusi kenyataannya di laman Facebook rasmi.
Ia berikutan poster infografik jumlah perbelanjaan dapur sebulan dan seminggu bagi satu keluarga dan individu bujang oleh kerajaan yang dianggap tidak masuk akal itu mendapat pelbagai kritikan dari netizen.
Menurutnya lagi, meski berbeza pandangan politik, katanya beliau mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membangunkan negara agar terus maju dan sejahtera.
“Teruskan perjuangan dan kepercayaan politik masing-masing. Pilih yang terbaik.
Sebelum ini, jabatan yang diterajuinya, J-Kom mendapat kritikan hebat susulan infografik tersebut adalah menolak laporan media bahawa perbelanjaan sebulan telah melonjak daripada RM200 kepada RM500 ketika ini.
Rata-rata komentar beranggapan infografik tersebut tidak tepat dengan realiti semasa malah, infografik yang dikongsi di media sosial J-KOM itu turut dipadam kerana mendapat kecaman netizen selepas hampir 48 jam dikongsi.