Baru-baru ini, pihak pentadbir akaun Instagram Azhar Idrus mendakwa ‘Kuliah Maghrib Perdana’ penceramah itu yang dijadual pada 16 Julai didakwa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Namun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, pihak masjid telah membuat pemakluman berhubung penangguhan undangan lebih awal kepada pihak penceramah.