BANGI, Ahad – Perhitungan sama ada PUTRA bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di enam negeri, 12 Ogos ini akan dimuktamadkan pada 23 Julai depan.

Presiden PUTRA, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PUTRA, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali yang turut menjelaskan, parti itu masih lagi berbelah bahagi adakah mereka perlu untuk menyertai gelanggang bertanding.
“Kita belum lagi buat keputusan muktamad, walaupun sebahagian besar ADT ada yang menyatakan perlu bertanding dan ada juga sebahagian daripadanya menyatakan tidak perlu,” katanya.
Ini kerana, dalam mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) parti itu semalam ada antara mereka yang berpandangan tiada keperluan untuk PUTRA bertanding dan sebilangan besar ADT pula menyatakan ia perlu.
Katanya lagi, selepas perbincangan itu, beliau akan mengadakan mesyuarat biro politik pada 22 atau 23 Julai in sebelum memutuskan pendirian PUTRA secara muktamad.
“Bagaimanapun, saya telah minta masa dan akan memanggil balik mesyuarat biro politik atau ADT selepas kita membuat perhitungan yang muktamad,” tambah beliau.

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN PUTRA KALI KE-4 TAHUN 2023 SESI 2023/2026
Mengulas lanjut, PUTRA turut membuat keputusan semua pimpinan parti perlu bergerak ke hadapan untuk memberi komitmen serta turun ke lapangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka agar memperoleh keyakinan rakyat.
“Selain itu, Putra perlu secara bersungguh-sungguh membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang bakal diadakan sekurang-kurang empat tahun dari sekarang.
“Tempoh empat tahun ini akan menjadi masa penting bagi Putra untuk membina kekuatan kerana sebelum ini, baik PRN Melaka, Johor mahupu PRU15, kita menyertainya dalam keadaan yang tidak bersedia.
“Kita terhimpit dengan masa ketika itu, sebab itu kita tidak mendapat sokongan atau kemenangan daripada rakyat. Berbeza dengan PRU16 ini, kita mungkin lebih bersedia,” katanya.
Dalam pada itu, Ibrahim menyifatkan tempoh empat tahun ini merupakan masa yang amat genting buat PUTRA untuk membina kekuatan kerana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Johor dan PRU15 sebelum ini, parti itu menyertai pilihan raya dalam keadaan yang tidak bersedia.