BANGI, Ahad – Sisatan ke atas tiga pemimpina parti dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) kini diperingkat akhir sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan itu membabitkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor.
“Siasatan kini sudah mencecah 70 peratus dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, pada minggu hadapan.
“Setakat ini kita sudah mengambil keterangan ketiga-tiga pemimpin berkenaan untuk siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turtu memaklumkan setakat ini hanya tiga laporan yang diterima berhubung kenyataan yang menyentuh isu 3R.
“Tiga sahaja yang betul-betul menyentuh isu 3R dan tiada lagi laporan diterima berhubung pemimpin politik lain,” ujarnya.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi, Guan Eng dan Sanusi berhubung kenyataan mereka yang dipercayai menyentuh isu 3R.