BANGI, Isnin – Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) akan menyaksikan peralihan undi Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN).
Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, terdapat tiga punca peralihan undi yang berkaitan kerjasama Kerajaan Campuran yang masih tidak mendapat kata sepakat oleh kepimpinan serta ahli akar umbi UMNO.
Mohammad Tawfik berkata, masih mempunyai penolakkan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO selain penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kecewa tiada usaha pembebasan Najib dalam tujuh bulan pemerintahan Kerajaan Campuran PH-BN.
“UMNO sekarang berhadapan dengan masalah dalaman iaitu dengan masih ada penolakan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid.
“Kedua, UMNO juga sedang berhadapan dengan situasi di mana ada ahli akar umbi dan pemimpin-pemimpin UMNO yang masih tidak bersetuju dengan kerjasama politik antara PH dengan BN.
“Ketiga, ada kumpulan dan penyokong-penyokong Najib yang masih marah, kecewa kerana sudah tujuh bulan mereka menantikan pembebasan Najib tetapi perkara tersebut masih tidak menjadi kenyataan maka gelombang dalaman ini dicampur pula dengan gelombang alternatif yang muncul dan sedang bangkit”
Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi.
Mengulas lanjut, pengundi berumur 18 hingga 39 tahun masih tidak mempunyai parti politik yang akan mencetuskan kekeliruan ketika pemilihan pada PRU DUN KE15 nanti.
Tambahnya, BN bakal mengalami kemerosotan kerusi yang lebih besar di Selangor dan Pulau Pinang.
Terdahulu, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa, ramai pemimpin dan ahli akar umbi UMNO menzahirkan sokongan kepada PN untuk membantu memenangkan gabungan itu pada pilihan raya 12 Ogos ini.
Juga senada dengan kenyataan itu, Pengerusi PN Kawasan Parlimen Kuala Selangor, Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim.