BANGI, Khamis – Syarikat besar, Elon Musk yang dibawa masuk ke dalam negara dikhuatiri akan menyebabkan negara menelan belanja yang lebih besar yang akhirnya akan menguntungkan pihak luar.
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya terlalu ghairah ambil kepakaran luar kerana negara mempunyai kepakaran tempatan yang boleh digilap.
“Perdana Menteri kita baru-baru ini telah pun bertemu dan berbincang dengan satu syarikat, Elon Mask daripada UK. Saya melihat perkara ini suatu yang sepatutnya Perdana Menteri kita lebih melihat dalam negara kita.
“Kenapa kita terlalu ghairah dan cepat sangat untuk kita memanggil, mempelawa syarikat luar masuk ke negara kita sedangkan kita ada kepakaran kepada tempatan yang boleh kita gilap, bangunkan dan memang perlu dana. Kita panggil orang luar masuk pun perlukan dana juga. Kita menggilap anak watan pun perlukan dana juga.
“Jadi kalau kita menggila pakaran, kemahiran tempatan kita walaupun kita keluarkan dana yang besar. Tetapi, akhirnya apa berlaku? Akhirnya negara kita akan dapat mengeluarkan kepakaran-kepakaran syarikat yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
“Orang luar akan mempergunakan, mempelawa syarikat kita untuk membantu negara luar dalam kepakaran-kepakaran yang dibina oleh negara itu,” beliau berkata demikian melalui laman Facebook rasminya, malam tadi.
Menurutnya lagi, pemimpin memerlukan satu wawasan untuk menggilap dan mengangkat kepakaran anak tempatan supaya kepakaran-kepakaran tempatan yang berwibawa mampu bersaing di peringkat dunia antarabangsa.
Tambah Zamani, Malaysia bukan sebuah negara yang miskin dari segi sumber nasional dan kepakaran tempatan tetapi akan merugikan jika mengutamakan negara luar.
Mengambil contoh pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya Tun M membawa pemahaman songsang bahawa walaupun negara berkawan dengan negara kecil sewaktu itu, Malaysia tetap mampu bergantung pada negara sendiri.
Justeru, katanya, kerajaan tidak seharusnya memiskinkan serta mengecilkan kepakaran tempatan disebabkan keghairahan memandang dan membawa masuk kepakaran dan syarikat negara luar ke dalam negara.