BANGI, Khamis – Isu kes pertuduhan yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang menghina Sultan Selangor dikatakan tidak akan menjejaskan mana-mana pihak dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN KE15).
Perkara itu dinyatakan oleh Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Dr. Abdul Muqit Muhamad.
Katanya kepada Tv Pertiwi, dakwaan yang dihadapi Sanusi hanyalah isu sampingan dan pemanas menjelang Pilihan Raya Negeri nanti.
“Di negeri lain, pada saya isu ini tidak menjejaskan mana-mana pihak pun. Sama ada Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional. Ini hanyalah isu sampingan dan pemanas PRN sahaja,” katanya kepada TV Pertiwi.
Bagaimanapun, Muqit berkata, ia memberikan kesan kepada PN terutamanya di Selangor dan di kawasan sekitar Hulu Selangor.
Ia berikutan titah Sultan Selangor yang secara tersiratnya ‘murka’ dengan ucapan Sanusi.
Pada 17 Julai lalu, media melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah itu sebagai menghina institusi diraja.
Selasa lalu, Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau turut berhadapan satu lagi pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.