BANGI, Jumaat – Langkawi, Kota Kinabalu and Kuala Lumpur tetap menjadi tiga destinasi utama daripada 10 lokasi pilihan pelancong pada musim panas oleh rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi google flight salah satu produk, enjin carian gergasi Google.
Data mengenai destinasi itu adalah jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023.
Selain tiga destinasi tempatan itu rakyat Malaysia juga memilih di rantau APAC seperti Tokyo dan Osaka di Jepun, Bangkok, di Thailand, London – United Kingdom, Taipei di Taiwan dan Denpasar -Indonesia, serta Seoul di Korea Selatan.
Ketua Industri Pelancongan, Google Malaysia, Nick Drew berkata Google mendapati mendapati bahawa para pelancong lebih menyukai destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun.
Malah, daripada sepuluh destinasi teratas, sembilan lokasi berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik.
“Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang. ”
Dalam satu kenyataan, Google berkata dalam persoalan masa terbaik untuk menempah sebuah penerbangan boleh dilakukan dengan melihat data harga sejarah di Google Flights.
Ia mendapati untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, kami mendapati bahawa harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.
“Tetapi, perlu diingatkan bahawa corak ini mungkin tidak tepat untuk laluan khusus pelancong, jadi perancangan dan tempahan awal biasanya merupakan idea yang baik. Dengan Google Flights, para pelancong boleh menetapkan notifikasi harga supaya mereka boleh dimaklumkan apabila harga penerbangan yang mereka minati turun ke bawah paras harga tertentu, dan ini boleh membantu menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan semasa mereka melancong,”
Sementara itu, data Google Flights mendapati perjalanan masuk teratas pada suku pertama 2023 – lawatan bukan pemastautin ke Malaysia adalah dari Singapura, Australia dan Indonesia.
Bagi apliksi Google Maps, senarai pantai, taman dan muzium popular berdasarkan pantai, taman dan muzium awam yang mempunyai permintaan arah dan interaksi terbanyak di Google Maps antara 20 Februari 2022 hingga 21 Mac 2023 adalah seperti berikut:
5 pantai awam popular teratas
5 taman popular teratas
5 muzium popular teratas
Selain Google Flights , Google juga mengajak rakyat Malaysia menggunakan produknya dalam merancang percutian, di antaranya Google Maps Street View, Google Wallet, Google Photos dan Magic Eraser.