BANGI, Khamis – Parti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengecam tindakan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa rusuhan seperti 13 Mei mungkin bakal berlaku tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PERKASA Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, masih ada pihak yang berdegil mengeluarkan kenyataan 3R (agama, kaum, raja) lebih-lebih lagi berunsur hasutan kepada rakyat.
Menerusi satu kenyataan rasmi, PERKASA mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat dalam kempen PRN tanpa memilih bulu.
Mengulas lanjut, beliau berkata akta hasutan 1948 harus di guna pakai terhadap mana-mana parti politik yang cuba menyentuh isu 3R yang membawa mesej hasutan kepada masyarakat.
Irwan turut mempersoalkan sokongan orang Melayu yang kian terhakis terhadap Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan kenyataan provokasi daripada veteran DAP itu.
PERKASA berharap agar tiada lagi pihak yang cuba menghidupkan semula bibit-bibit peritiwa hitam itu lebih-lebih lagi dalam kehangatan Piliihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Semalam, pemimpin veteran DAP,, Lim Kit Siang menyatakan bahawa negara sedang menuju ke arah rusuhan kaum seperti insiden 13 Mei 1969.
Beliau berkata demikian menyelar Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang mengutuk penangkapan dan pendakwaan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pada Selasa.
Kenyataan beliau mengundang kecaman dari pelbagai pihak, termasuk dari Timbalan Ketua BERSATU Shah Alam Dr Afif Bahardin yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai kurang ajar dan biadap.