BANGI, Ahad – Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terlibat dalam insiden kemalangan semasa melakukan pengujian enjin dan sistem pesawat selepas proses senggaran berkala di Dispersal Universiti Kuala Lumpur, MIAT.
Menurut kenyataan JBPM, seramai tiga pegawai bomba yang dikendalikan anak kapal Hasrizal Kamaruzzaman dan empat jurutera senggaraan dari Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd terlibat dalam insiden tersebut.
Mengulas lanjut, kesemua anak kapal dan jurutera senggaraan telah mendapatkan rawatan dan pemeriksaan awal serta tidak mengalami kecederaan serius selain seorang mengalami sakit pinggang selepas insiden itu.
“Kesemua anak kapal dan krew senggaraan yang terlibat telah mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
JBPM berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sedang mengenal pasti punca kejadian itu sebelum pesawat membuat penerbangan dan tiada sebarang halangan di tempat kejadian.
“Kemalangan ke atas pesawat yang mana pada ketika itu ia masih belum membuat penerbangan.
“Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tanpa sebarang halangan di tempat kejadian,”katanya.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud turut mengesahkan kejadian terbabit.