BANGI, Rabu – PUTRA mengesahkan tidak akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15), 12 Ogos ini.
Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, namun beliau masih mempertimbangkan pelawaan daripada mana-mana parti yang merisik parti tersebut.
“Pokoknya PUTRA sudah membuat keputusan tidak akan bertanding secara solo itu keputusan yang paling penting dan muktamad iaitu tidak bertanding secara solo.
“Kalau ada tawaran kita akan pertimbangkan. Wajar atau tidak untuk kita terima.,” kata Ibrahim dalam Sidang Media Khas Presiden PUTRA Berkaitan Pilihan Raya Enam Negeri di Pejabat PUTRA, Kuala Lumpur hari ini.

Sebahagian daripada ahli PUTRA berkumpul di Pejabat PUTRA, Kuala Lumpur, hari ini.
Tambah Ibrahim, antara sebab PUTRA tidak bertanding solo adalah kerana masih tidak mempunyai kekuatan parti untuk bertanding sendirian kerana mereka adalah parti baharu yang bergerak selepas pasca Covid-19.
PUTRA yang tewas di Johor dan Melaka pada Pilihan Raya Negeri lalu turut menganggap ia sekadar memperkenalkan diri selain tidak mempunyai kekuatan akar umbi dan jentera pilihan raya.
Ditanya jika ada parti yang menawarkan untuk bertanding bersama, katanya, sudah ada beberapa parti yang merisik.
“Mereka sudah merisik cuma saya tanya berapa hantarannya itu ajalah,” katanya.
Sementara itu, PUTRA turut menegaskan, parti itu akan lebih istiqomah dan membuat keputusan yang strategik dan matlamat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.