BANGI, Khamis – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, individu yang layak menerima insentif bagi yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya,
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak manakala RM200 pula diberikan kepada pesara kerajaan.
Ia termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen .
“Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.
“Bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
“Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” tambah beliau.
Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan, gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.