BANGI, Sabtu – Sebanyak 572 kertas penamaan calon diterima melibatkan keseluruhan 245 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan perkara itu namun satu kertas penamaan calon ditolak iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.
Dalam perkembangan lain katanya, pertandingan tertinggi membabitkan pertembungan lima penjuru iaitu di DUN Lunas, Kedah.
Manakala pertembungan satu lawan satu sebanyak 181 kerusi diikuti tiga penjuru (51 kerusi) dan empat penjuru 13 kerusi.
Sementara itu katanya, Perikatan Nasional adalah paling ramai bertanding iaitu 168 orang orang diikuti Pakatan Harapan (PH) seramai 138 orang, Barisan Nasional (108) orang dan PAS 78 orang.
“Parti Muda (19 calon), PRM (13 orang), PSM (empat orang), PFP (dua orang), Parti Utama Rakyat (seorang) dan Bebas (41 orang).
“Seramai 501 calon dalam kalangan lelaki manakala 71 orang calon wanita dengan umur calon tertua 80 tahun di DUN Pantai Jerejak dan calon termuda 23 tahun di Bukit Antarabangsa,” katanya.