BANGI, Jumaat – Anak kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim iaitu Danni Rais antara calon Perikatan Nasional (PN) yang diumumkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang pada Pilihan RAYA Dewan Undangan Negeri ke-15.
Ini menjadikan tercetusnya pertandingan antara sepupu susulan penyandang kerusi itu dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Bakri Sawir adalah anak saudara Dr Rais Yatim.
Dalam pada itu, PN turut mempertaruhkan bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, iaitu Datuk Eddin Syazlee Shith untuk bertanding di DUN Juasseh.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Majlis Munajat Perdana dan Pengumuman Calon di Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
Secara tidak langsung, bayangan beliau yang dikatakan bakal bertanding menghambat Negeri Sembilan tidak menjadi kenyataan.
Tambah Ahmad Faizal, terdapat dua lagi kerusi yang tidak diumumkan, iaitu DUN Jeram Padang dan DUN Sri Tanjung.
Ini kerana, pihaknya sudah pun memutuskan dua nama di kedua-kedua kerusi berkenaan namun, ia perlu diperhalusi atas kapasiti teknikal agar tidak timbulnya masalah pada hari penamaan calon kelak.
Manakala,Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha bertanding di kerusi DUN Pilah.
PN mempertaruhkan seramai 36 calon pada penamaan esok seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala bagi pengundian awal, pada 8 Ogos dan 12 Ogos nanti bagi hari pengundian.