TANJONG KARANG, Sabtu – Barisan Nasional (BN) sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor meskipun berdepan situasi pergolakkan dalaman UMNO susulan pemecatan Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sebelum ini.
Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohamad Khir Ramli berkata, pihaknya akan berkempen secara sihat tanpa memburukkan persaingnya Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
“Kempen ini mudah sahaja konsep saya kita membawa diri kita dan apa yang kita nak bawa untuk DUN Sungai burong ini.
“Kita tidak perlu untuk memburuk-burukkan calon di sebelah sana kerana pada saya kena bawa imej sebagai seorang ustaz sebagai seorang agama dan kata-mengata, umpat-mengumpat, provokasi dan sebagainya itu bukan budaya kita, bukan agama kita suruh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penamaan Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Sungai Burong hari ini.
Mohamad Khir yakin bakal menewaskan pesaingnya susulan kekuatan BN dalam menerajui Sungai Burong selama empat penggal dan menyifatkan pengundi UMNO tidak berkurang selain bertambah pengundi daripada parti komponen kerajaan pusat.
Terdahulu, DUN Sungai Burong berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN KE 15) yang ditandingi Calon BN, Mohd Zamri Mohd Zainuldin manakala calon PN, Mohd Zamri Mohd Zainuldin.