Rantau, Negeri Sembilan, Sabtu – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan dibuka seawal 8 pagi.
Khususnya buat Dun Rantau antara 36 Dun yang dipertandingkan di Negeri Sembilan ini.
Demikian itu, hari penamaan calon di DUN terbabit, dihadiri dengan Alunan Selawat Nabi mengiringi sekitar puluhan penyokong parti Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul sempena penamaan calon di Sekolah Kebangsan Sri Sendayan, Negeri Sembilan hari ini.
Manakala, paluan gendang India oleh para penyokong Barisan Nasional (BN) yang dianggarkan kira100 orang daripada pelbagai kaum Cina, India dan Melayu pula yang menyuntik kehangatan sebelum hadirnya calon ke pusat penamaan calon berkenaan.
Para penyokong kedua-dua parti berkenaan dilihat hadir seawal lapan pagi dengan kibarnya beberapa bendera lantas menjadikan perang bendera yang mewarnai sekitar kawasan penamaan calon.
Dalam pada itu, TV Pertiwi mendapati tiada wujudnya sebarang provokasi dan kekecohan antara kedua-dua belah penyokong.
Terdahulu, Bagi kerusi DUN Rantau pada PRU DUN-15 kali ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara sosok figura terkenal UMNO, iaitu Tok Mat.
Manakala PN pula mempertaruhkan calon underdog – Rozmal Malakan yang berasa selesa tampil ke depan tanpa tekanan pihak lawan.
Kedua-dua calon berkenaan hadir pada jarak masa yang berbeza di pusat penamaan calon, iaitu Rozmal yang hadir terlebih dahulu pada pukul 8.30 pagi dan Tok Mat pula hadir pada 9.08 pagi.