BANGI, Sabtu – Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sempena proses penamaan calon di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik disambut laungan “tolak Sanusi” oleh kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Laungan itu dibalas kira-kira 2,000 penyokong Sanusi dengan takbir “Allahu Akbar”.
Menteri Besar Kedah itu secara bersahaja mengangkat dan melambai tangan ke arah penyokong BN, isyarat yang menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa maksud gerakan reformasi.
Muhammad Sanusi berdepan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan di kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon PH Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.
DUN Jeneri mempunyai lebih 90 peratus pengundi Melayu iaitu sebanyak 35,079 pengundi.
Dalam pada itu, di DUN Alor Mengkudu, legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din sekali lagi mencabar Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos depan.
Pengumuman itu dibuat di Pusat Penamaan Calon PPC Dewan Kompleks Belia Dan Sukan Negeri kedah di Alor Setar kira- kira pukul 10.29 pagi.
Kedua – dua calon sebelum ini pernah bertembung pada Pilihanraya Umum ke -14 Parlimen Pokok Sena yang lalu.