BANGI, Sabtu – Calon Barisan Nasional (BN), Dun Rantau Datuk Seri Mohamad Hassan memaklumkan beliau tidak mampu untuk menyantuni semua pengundinya ketika musim berkempen kelak.
Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mat, turut berharap agar pengundinya zahir kefahaman sekiranya tidak dapat menemui mereka.
“Tetapi a pengundi kadang-kadang hypersensitif kan, jikalau saya tidak dapat pergi ke tempat yang mereka jemput.”
“Mustahil saya boleh pergi, semua tempat , dan saya minta-maaf, tetapi saya harap supaya pengundi-pengundi faham,
dan yang penting kita punya, jentera dapat menjalankan gerak kerja dengan tersusun, semasa waktu berkempen ini.”
Beliau berkata demikian, ketika ditemui media pada pasca penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Dun Rantau Datuk Seri Mohamad Hassan
Tambahnya, jentera partinya akan menggerakkan aktiviti berkempen dan santuni rakyat melalui bilik gerakan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di cawangan.
Tok Mat sempat memaklumkan bahawa rumah kediamannya, yang berada di Kampung Tanjung, bakal menjadi bilik gerakan utama gerakan kempennya.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Rembau, Rozmal Malakan
Dalam perkembangan lain, pencabarnya dalam pertembungan satu lawan satu, Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Rembau, Rozmal Malakan pula menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa beliau mempunyai peluang akan memenangani pertandingan yang sengit, bergantung kepada kekuatan partinya yang mampu mengaut undi rakyat.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa wujudnya gelombang Perikatan Nasional (PN) namun, katanya ia bukan mudah sebaliknya perlu turun padang mendepani pengundi.
“Gelombang Perikatan Nasional itu memang ada, tetapi kita tidak boleh mengharapkan gelombang semata-mata, yang penting kita kena turun yakinkan pengundi.”
Terdahulu, Tok Mat antara calon yang berentap di Dun Rantau bersama pencabarnya Rozmal Malakan ketika pertandingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, kali ini.
Bagi kerusi DUN Rantau pada PRU DUN-15 kali ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara sosok figura terkenal UMNO, iaitu Tok Mat.
Manakala PN pula mempertaruhkan calon underdog – Rozmal Malakan yang berasa selesa tampil ke depan tanpa tekanan pihak lawan.
Kedua-dua calon berkenaan hadir pada jarak masa yang berbeza di pusat penamaan calon, iaitu Rozalman yang hadir terlebih dahulu pada pukul 8.30 pagi dan Tok Mat pula hadir pada 9.08 pagi.