BANGI, Ahad – Spekulasi yang tidak terjawab sebelum ini berkaitan perjumpaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai menjadi punca kepada Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.
Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Abdul Muqit Muhammad berkata, langkah Nik Mohamad Abduh bertemu Anwar dilihat sebagai ancaman politik kepada PAS.
“Pada saya, saya lihat sebab tindakkan Nik Abduh baru-baru ni yang dilihat bersama dengan Anwar Ibrahim pada saya itu menjadi satu faktor kuat kenapa NikAbduh tidak dicalonkan.
“Dan juga kem Nik Abduh sendiri, pertembungan antara kem Nik Abduh dengan Nik Amar di Kelantan itu bukan lagi satu benda baru, memang dah lama, pertembungan itu berlaku.
“Jadi, bila Nik Abduh mengambil sikap untuk dilihat bersama dengan Anwar Ibrahim, benda itu dilihat sebagai satu sebagai satu ancaman politik kepada PAS di Kelantan lah saya lihat begitu lah.”katanya ketika dihubungi TV Pertiwi.
Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan dua gabungan parti iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) serta seorang wakil bebas.
Adik kepada Tan Sri Nik Abdul Aziz, Nik Din Nik Mat berkata Nik Mohamad Abduh tidak tercalon, berpunca daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, Mohd Amar tidak mahu keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.