BANGI, Isnin- Kenyataan-kenyataan dan lontaran yang selama ini dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu moral yang berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal disekat sepenuhnya setelah Anwar memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Perintah mahkamah itu menghalang Sanusi daripada mengeluar, mengulangi dan menerbit kenyataan yang menyentuh isu moral Perdana Menteri di mana-mana platform media sosial dan lain-lain.

Peguam Kanan, Muhammad Rafique Rashid
Peguam Kanan, Muhammad Rafique Rashid berkata, mahkamah telah mendengar permohonan Anwar yang dikenali sebagai perintah injunksi ex-parte yang juga menyekat Sanusi daripada berbuat apa-apa ucapan, kata-kata dan penerangan.
Beliau menjelaskan, perintah berkenaan bukan sahaja menghalang Sanusi daripada berbicara isu terlibat, malah ejen-ejen dan pegawai-pegawainya turut disekat daripada berbuat demikian.
“Perintah Mahkamah bukan sahaja menghalang Sanusi daripada bercakap mengenai isu yang sama tetapi , ejen-ejen dan pegawai pihak yang merupakan ejen kepada Sanusi juga dihalang begitu rupa.
“Saya melihat bahawa setakat ini perintah yang diberi oleh mahkamah merupakan satu perintah yang dikenali sebagai, injunksi espartae yang bermaksud sebelah pihak, hari ini mahkamah belum lagi mendengar hujahan ataupun bantahan daripada sebelah pihak peguam Sanusi lagi.”
Ketua Penerangan PEJUANG itu juga tidak menolak kemungkinan, Anwar kini begitu gentar terhadap kebangkitan Sanusi sejak akhir-akhir ini.
Ini kerana, perintah tersebut muncul ketika ambang kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN-15) pada 12 Ogos ini.
“Dari segi kerisauan. kegentaran , ketakutan Anwar bahawa isu moral beliau yang dibangkitkan oleh YB Sanusi pada sebelum ini, bakal digunakan sebagai modal kempen khususnya oleh Pihak Perikatan Nasional.”
“Dari segi persepsi mungkin akan dilihat oleh ramai masyarakat kebanyakan di luar adalah mengapa baru sekarang diambil tindakan untuk membuat atau memfailkan injunksi menghalang tersebut, pada ketika kita berada di ambang kempen PRN yang dikatakan sebagai enam negeri yang mungkin merupakan referendum besar, kepada kerajaan persekutuan sekarang.”
Bagaimanapun, Muhammad Rafique difahamkan, peguam yang mewakili Sanusi kemungkinan besar akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah injunksi ex-partie tersebut.