BANGI, Rabu – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukan kaum Cina bermasalah tetapi pemimpin Melayu yang tamak punca kepada semua masalah yang dihadapi negara ketika ini.
“Yang menjadi masalah adalah kita iaitu pemimpin Melayu yang kerja tamak haloba, curi duit berbilion dan kemudian bila sudah tidak menjadi perdana menteri minta tolong orang Melayu,” ujarnya.
Jelas Anwar, disebabkan itu negara menghadapi pelbagai masalah termasuk hutang negara yang tinggi.
Tambahnya, sepanjang lapan bulan beliau memerintah, DAP tidak pernah menghalang sebarang peruntukan untuk agama Islam dan kaum Melayu.
“DAP dan Anthony Loke dalam Kabinet sekarang tiada masalah.
“Kita tambah dan pertambah peruntukan untuk Islam, kita selesaikan berbilion ringgit hutang FELDA, kita peruntukan RM3 bilion untuk pesawah padi yang miskin, dia tak bantah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di program Ramah Mesra Bersama Rakyat Jelajah Madani di Kampung Sawah, semalam.
Anwar berkata demikian bagi membidas dakwaan pihak tertentu bahawa parti DAP menjadi punca permasalahan dalam kalangan orang Melayu.
Tambah Anwar, masalah doktor kontrak yang dihadapi selama pulutan tahun juga dapat diselesaikan baru-baru ini.