BANGI, Khamis- Sistem pencen ke atas semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wajar dihapus dan digantikan dengan sistem caruman seperti rakyat biasa di negara ini.
‘Hari ini MUDA mencadangkan, untuk kita menghapuskan sistem pencen bagi semua ahli politik, ya termasuk diri saya,” kata Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Itu antara tuntutan yang mahu dibawa MUDA setelah melihat jumlah pencen luar biasa yang diterima oleh Ahli Parlimen dan ADUN seumur hidup.
Syed Saddiq berkata, pemberian pencen kepada ahli politik dilihat tidak adil sehingga menimbulkan budaya ahli politik veteran berebut kerusi bersama pimpinan muda kerana jumlah pencen semakin meningkat selagi mana mereka masih lagi Ahli Parlimen.
“Sebab itu ramai ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan, bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda mereka kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai Ahli Parlimen lagi tinggi jumlah pencen Ahli Parlimen dan pencen menteri.
“Sebab itu MUDA, kita mencadangkan untuk menghapuskan, sistem pencen dan mengembalikan, sistem caruman supaya, tidak ada tembok yang memisahkan, pemimpin politik dengan rakyat Malaysia,” katanya.
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, jumlah pencen bagi kapasiti seorang menteri boleh mencecah sehingga RM180,000 sebulan.
Jumlah tersebut katanya, tidak dicampur lagi sekiranya terdapat Ahli Parlimen yang memegang pelbagai jawatan seperti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat negeri mahupun persekutuan.
“Lihat sahaja, gaji allowance Menteri Besar boleh mencecah, RM180, 000 ringgit sebulan, belum lagi campur kalau ada Ahli Parlimen, jawatan-jawatan GLC dekat peringkat negeri dan dekat peringkat persekutuan dan kiraan pencen bagi ahli politk agak unik.
“Saya baru masuk pejabat sebagai menteri tetapi jumlah pencen, bukan berdasarkan berapa lama berkhidmat, tapi berapa lama saya berkhidmat, sebagai Ahli Parlimen, lagi lama saya berkhidmat, sebagai Ahli Parlimen lagi tinggi, pencen menteri saya,” katanya.
Sehubungan itu, MUDA ingin membawa sebuah era politik baharu yang menjadikan rakyat serta pemimpin berpisah tiada.