BANGI, Khamis – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, pihaknya telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, P.161 Pulai dan Dewan Undangan Negeri N.13 Simpang Jeram diadakan pada 9 September ini.
26 Ogos pula sebagai hari penamaan calon manakala undi awal ditetapkan pada 5 September dengan tempoh berkempen adalah selama 14 hari.
“SPR telah mengadakan mesyuarat, khas pada hari ini, dan memutuskan satu PRK Parlimen, P.161 Pulai, dan Dewan Undangan Negeri N,13 Simpang Jeram Johor,hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan, kedua-kedua kerusi tersebut.”
“Tarikh-tarikh penting bagi, Parlimen P161 Pulai, dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram Johor adalah seperti berikut, tarikh keluar writ, hari ini 3 Ogos 2023, hari khamis, hari penamaan calon pada 26, Ogos 2023, hari Sabtu, hari undi awal pada 5 September, 2023 hari selasa, dan hari mengundi pada, 9 September 2023, hari Sabtu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sidang Media Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.161 Pulai & Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor di Ibu Pejabat, SPR, Putrajaya hari ini.
Ujarnya juga, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi kedua-dua PRK berkenaan akan dibuka bermula pada hari ini.
Tambah beliau, jumlah Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Parlimen P. 161 Pulai kini mempunyai seramai 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Manakala DPPR bagi PRK Dewan Neger N. 13 Simpang Jeram, Johor pula mempunyai seramai 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan 6 orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Allahyarham Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam akibat pendarahan otak.
Sementara itu, SPR mengumumkan pelaksanaan PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dianggar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM6 juta.