BANGI, Sabtu – Lapan individu yang dikenal pasti mengadakan perhimpunan berhubung hak -hak amalan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender, LGBT, dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman terhadap mereka tamat semalam.
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi itu, juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua lapan suspek berumur 18 hingga 56 tahun itu, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat.
Tambah beliau, semuanya dibebaskan Isnin lalu dengan jaminan polis setelah direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada 29 Julai lalu, mereka melakukan perhimpunan dengan membawa plakad menyokong hak-hak LGBT di depan kompleks beli-belah Sogo.
Plakad dan kain rentang dipamerkan sambil mereka melaungkan perkataan berbunyi “Hanya Tuhan Boleh Menghakimi, Menjadi Gay Bukan Jenayah’ dan ‘Down down Syariah Court’.
Siasatan mendapati semua mereka adalah pengikut ajaran ‘Ahmadi The Religion of Peace and Light’ sejak dua tahun lalu, dan ditahan dua hari kemudian.

Kumpulan lapan lelaki The Ahmadi membawa plakad menyokomg LGBT.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kes disiasat di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 .
Sementara itu, memetik BERNAMA, mengulas program yang julung kali diadakan itu, Mohd Shuhaily berkata, ia diadakan bagi mengeratkan hubungan di samping menanamkan gaya hidup sihat dalam diri anggota polis Kuala Lumpur.
Beliau terdahulu hadir pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.
180 peserta membabitkan 36 pasukan mewakili 10 jabatan di IPK Kuala Lumpur dan enam daerah polis Kuala Lumpur termasuk dua pasukan media terlibat dalam program berkenaan.

Pasukan yang menyertai KL Cops Urbanathlon 2023.