HULU LANGAT, Jumaat – Peralihan kuasa yang berlaku kubu kuat PH-DAP kepada Barisan Nasional (BN) di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat tidak menggusarkan penduduk setempat selagi calon yang bertanding mampu menjalankan tugas dengan baik.
Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz berkata, pihaknya berusaha untuk menjadikan bandar kecil itu lebih tersusun selepas teruk dilanda banjir pada tahun 2021.
“Waktu banjir 2021, ini tempat terjejas teruk. Semua kedai tak boleh bukak, hampir saya ingat dua minggu, lepas itu buat cuci sistem perairan longkang, jadi pekan yang harus kita fikirkan bagaimana untuk dimajukan. Pekan persimpangan Batu 14 ini tempat yang boleh dikatakan hampir separuh kawasan kampung, pekan ini lah pekan dia.
“Dan dah sampai masa pembangunan khususnya untuk pekan bandar perlu untuk masyarakat bandar dusun tua ini, insyaAllah. Saya akan usahakan yang terbaik untuk jadikan pekan kecil atau bandar kecil menjadi lebih tersusun,” katanya ketika ditermui wartawan TV Pertiwi.
Tinjauan TV Pertiwi di kawasan itu mendapati, rata-rata penduduk setempat lebih mementingkan calon pemimpin berbanding membuat penilaian berdasarkan sesebuah parti.
“Kalau boleh yang akan memimpin, ekonomi ini akan bangun baik, elok balik. Tidak kira siapa yang nak naik. Kita rakyat itu sahaja, contoh kita berniaga ini, boleh jalan, itu saja. Tidak kira pemimpin, janji tanggungjawabnya macam itu.
“Kalau boleh itu sahaja, kita sebagai rakyat dan para peniaga tidak mengeluh, itu pun dah baik. Tak kira siapa yang nak jadi pemimpin.,” kata salah seorang penduduk setempat.
Malah, penduduk setempat berharap, mana-mana calon yang bakal dipilih menjadi pemimpin boleh menyelesaikan masalah utama di kampung itu terutamanya masalah melibatkan banjir kilat.
“Seperti banjir kilat di kampung baru cina, harus selesaikan. Selalu masalah, bila hujan lebat, dia banjir kilat selalu berlaku. Kerap kali berlaku. Kita harap pilihan raya ini kita dapat merubah kesihatan, keselamatan, kebersihan kampung kita,” kata salah seorang penduduk Dusun Tua.
Pada hari penamaan calon 29 Julai lalu, media melaporkan berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan calon MUDA di DUN Dusun Tua.
Calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini ialah Datuk Johan Abd Aziz (BN), Azhar Hambali (PN), Al Hafiz Ikhwan Mohamad Asaad (Muda).