BANGI, Sabtu – UMNO yang sudah lari daripada perjuangan asal serta mengetepikan rakan gabungan UMNO MIC dan MCA sebaliknya menjulang DAP menjadi antara punca Afiq Amani Annuar, mengambil langkah meninggalkan UMNO.
Penyertaan anak kepada Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa itu bersama Perikatan Nasional disahkan dalam satu majlis disertai bapanya, semalam.
Kata Afiq Amani, keputusan tersebut dibuat atas kerelaannya sendiri bukan dipengaruhi ayahnya.
“Apabila saya lihat rakan-rakan dalam Barisan Nasional, MCA dan MCA, dan kita lebih menjulang rakan baru seeprti DAP. kalau ikutkan hati waktu Tan Sri (Annuar Musa) keluar saya sudah ikut. Tapi saya cuba, sebab dalam UMNO itu ramai tidak selesa. Ramai yang tahu haluan UMNO dah berbeza tidak seperti yang hari ini . Seperti Ketua Pemuda saya tabik pada dia sebab dia berani, tapi say alihat ada pun orang ebrani tapi susah nak ubah UMNO kearana ada kekuatan pihak tertentu.”
Selain Afiq, UMNO Bahagian Ketereh lumpuh selepas seluruh 20 ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Cabang Tiga Tuan Guru Haji Musa mengambil langkah yang sama.
Afiq selepas pengesahan keluar UMNO dilihat hadir pada majlis ceramah anjuran PN Pakat Pertahan Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Padang Kala, malam tadi.
Pada 2 Ogos lalu, bekas Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin meninggalkan UMNO dan menyertai PN.
Beliau mengesahkan tindakannya itu dalam satu hantaran di facebook beliau dengan menyertakan kenyataan mengapa beliau meninggalkan UMNO.
Malah kata Muqarrabin, beliau tidak mahu terus diperbodohkan dengan kata-kata NO DAP NO Anwar, yang hanya sia-sia dengan keadaan semasa .
Malah katanya, pengesahan keluar dari UMNo itu juga dilakukan setelah penamaan calon, utuk menyatakan keikhlasannya dan bukan kerana mahukan jawatan atau menjadi calon.
Beliau juga kesal dengan segelintir pemimpin UMNO yang telah merosakkan segala usaha yang dibina daripada Muafakat Nasional.
Bagaimanapun tindakan ramai ahli parti UMNO meninggalkan parti berkenaan tidak akan merencatkan semangat perjuangan UMNO yang lain.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhammad Akmal Saleh mereka yang masih berada dalam UMNO akan terus setia malah akan pihaknya akan terus istiqamah menggalas tanggungjawab untuk memperkukuhkan parti.
“Suka untuk saya ingatkan dan berpesan kepada rakan-rakan Pemuda UMNO, perjuangan kita ini tidak berlandaskan individu atau mana-mana figura politik tetapi perjuangan Pemuda Umno adalah untuk meneruskan fungsi dan peranan institusi dalam merekrut anak muda, memelihara perjuangan agama, bangsa dan tanah air,”
Katanya pemimpin datang dan pergi dan perjuangan Umno tetap diteruskan.
Muhamad Akmal berkata dengan keluarnya Afiq Amani, jawatan ketua Pemuda Umno Ketereh kini dipangku Naib Ketua Pemuda bahagian itu, Azhan Ishak.