BANGI, Isnin- Calon DAP yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze memohon maaf atas kesilapannya.

Calon (PH-DAP), Michelle Ng Mei Sze
Michelle Ng menggunakan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada papan iklan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Umum DUN ke-15 (PRU DUN KE15).
Michelle Ng menjelaskan, gambar Sultan Selangor yang dijadikan poster itu itu diambil pada hari pertama persidangan DUN Selangor.
“Untuk makluman, ini adalah gambar hari pertama persidangan DUN Selangor dan niatnya hanya untuk melambangkan Dewan Undangan Negeri. ”
Sehubungan itu, beliau dengan rendah diri memohon maaf dan memaklumkan pihaknya sudah menurunkan papan iklan berkenaan dengan serta merta.
“Saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon maaf atas perkara tersebut. Pasukan kami telah menurunkannya papan iklan tersebut dengan serta merta,” katanya.
Michelle Ng berkata, beliau dan ahli pasukan tiada sebarang niat untuk menggunakan gambar mahupun mengheret Sultan Selangor ke dalam medan kempen politiknya.
“Kami tidak ada sebarang niat untuk menggunakan gambar atau mengheret DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam kempen politik kami,” katanya.
Beliau menyedari kesilapan itu setelah menerima teguran daripada Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad.

Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad.
Terdahulu, Ahli Parlimen Machang menyelar tindakan calon DAP yang dikatakan tiada moral itu kerana mengheret institusi diraja yakni Sultan Selangor ke kancah politik kepartian.
Namun, Michelle Ng secara terbuka menerima teguran berkenaan lantas mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Faysal.
“Saya ingin berterima kasih atas keprihatinan dan teguran (Ketua Armada Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal (Wan Ahmad Kamal) atas (isu) bahan kempen kami.