BANGI, Selasa – Kesemua enam negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 hari ini melebihi 90 peratus dengan Kedah merekodkan tertinggi sebanyak 96.02 peratus sehingga pukul 5 petang tadi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan undi awal di Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing mencatatkan 94.05 dan 95.87 peratus, manakala Kelantan (93.90 peratus) dan Pulau Pinang (95.01 peratus).
Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula merekodkan 95.47 peratus.