BANGI, Rabu – Timbalan Presiden PRM, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mendedahkan, wujud satu trend tidak mahu keluar mengundi dalam kalangan rakyat khususnya penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.
“Bukan nampak, memang nampak dan dengar, ada banyak kemungkinan tak nak keluar mengundi pun ramai. Dah ada trend itu, jadi kerja kita sebagai orang politik kena minta diorang keluar lah,” katanya.
Mohamad Ezam yang juga calon PRM dalam Pilihan Raya Umum DUN ke-15 di DUN Selat Klang berkata, parti yang disertainya akan menjadi parti alternatif terbaik dan pilihan rakyat yang begitu jemu dengan keadaan geopolitik negara.
Ini kerana katanya, rakyat kian menyedari bahawa kerajaan pada masa kini khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya hebat bermadah serta tiada ketegasan dalam memerangi rasuah di negara ini.
‘Dia fed up dan konfius, sebab dua puluh tahun dia dengar, Anwar Ibrahim cerita tentang melawan rasuah, tiba-tiba dia lantik Timbalan Perdana Menteri, 47 kes rasuah, jadi keliru tu, kan berapa tahun-tahun dah, Rafizi duk bercerita tentang 1MDB, masalah dan sebagainya, tiba dia berbaik pulak dengan dan satu pentas pulak,” katanya pada temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi pada Selasa.
Ujar beliau juga, rakyat berharap parti yang disertainya kembali pada PRU DUN KE15 kerana tiada pilihan tepat dan sesuai dalam mentadbir tatakelola negeri.
Terdahulu, kerusi DUN Selat Klang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Ezam menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Roslee Abd Hamid serta calon BERSATU, Datuk Abdul Rashid Asari yang merupakan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Selangor.