BANGI, Rabu – Perancangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menyelesaikan masalah rakyat di Kedah dianggap masih tidak jelas.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ‘panglima perang’ PN terlalu fokus terhadap politik dan mengambil ringan isu pembangunan mahupun strategi dalam mentadbir Kedah.
“Cara beliau memimpin negeri dan menarik sokongan lebih kepada aspek politik tapi apabila berkaitan pentadbiran negeri nak merangka strategi untuk pembangunan dan sebagainya kita masih tak nampak.
“Banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat kedah berkaitan pertanian, bekalan air, peluang pekerjaan yang nampak tak diberi perhatian,” jelasnya.
Mengenai Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN KE 15), Mukhriz yakin Perikatan Nasional (PN) dapat mengekalkan kemenangan di negeri Kedah.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan sokongan sekiranya Muhammad Sanusi kekal menjadi Menteri Besar negeri itu memandangkan tiada tokoh lain yang dilihat berkredibiliti untuk memikul jawatan tersebut.
“Perikatan Nasional akan terus mentadbir kerajaan negeri Kedah tapi siapa yang menjadi Menteri Besar itu terpulang kepada Perikatan Nasional khususnya PAS.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Tv Pertiwi di Bangi, Selangor, Isnin lalu.
Mukhriz merupakan Menteri Besar Kedah ke-11 dan ke-13 sebelum berlaku Langkah Sheraton yang menyebabkan beliau kehilangan majoriti dan seterusnya mengundurkan diri daripada terus menjadi Menteri Besar pada Mei 2020.