BANGI, Jumaat – Barisan kepimpinan tertinggi DAP tidak telus membuat keputusan berhubung isu yang dibincangkan di peringkat dalaman parti.
Ini kerana selepas mesyuarat yang diadakan bersama peringkat Jawatankuasa Tertinggi, DAP akan membuat satu lagi mesyuarat rahsia yang dikenali sebagai ‘essential thinker meeting’.
Mesyuarat rahsia itu didakwa ditunjangi pimpinan tertinggi DAP termasuk golongan bangsawan yang tidak lagi memperdulikan institusi diraja serta hak keistimewaan orang Melayu.
“Tentang DAP tadi saya memberi pandangan begini sahaja, kalau politik orang Melayu tidak menghindarkan dia (DAP) nak naik kita parah.
“Sebab mereka lebih bersatu dan wang dia (DAP) banyak duit banyak dan ekonomi dia (DAP) kuat.
“Perbincangan mereka mengikut hierarki, apa yang ingin dibuat seperti mengambil Negeri Sembilan misalnya, mengambil hak orang Melayu untuk kepentingan dia.
Itu cara mereka buat, mereka tidak pernah jadi telus,katanya.
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mendedahkan sikap tidak telus parti berkenaan sehingga perlu mengadakan satu lagi mesyuarat atau pertemuan dalaman untuk membincangkan strategi dan keputusan isu-isu tertentu seperti cara untuk mengambil hak orang Melayu.
“Kalau nak berkawan dengan dia (DAP), kawanlah, saya tak nak, saya dah lama berkawan dengan dia.
“Dia kalau kata ada mesyuarat exco, malan nanti akan ada satu lagi (mesyuarat) lain punya.
“Yang kita panggil “Essential Thinker Meeting” di situlah mereka merancang.
“Tunjukkan kepada mereka kita parti Melayu,” katanya.
“Mereka ini memang tidak kisah Yang Dipertua Agung, tidak kisah Melayu.
Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi di Wisma Budi, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rais menegaskan sikap tidak telus DAP menjadikan parti itu tidak sesuai untuk dijadikan rakan politik dan sebarang keputusan membabitkan orang Melayu