BANGI, Jumaat – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa orang awam terutamanya ahli politik perlu dibenarkan untuk menyentuh isu 3R yang merujuk kepada kaum, agama dan institusi diraja.
Beliau berpendapat halangan bercakap mengenai 3R boleh mendatangkan konflik perlembagaan daripada mempertahankan Perkara 153 yang menjamin hak orang Melayu dan Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kekebalan Raja-Raja Melayu.
“3R kita tidak boleh terima halangan bercakap mengenai 3R.
“Kerana ia akan menjadi konflik perlembagaan, justeru menghalang kita berbicara, berbincang dan berucap mengenai 3R adalah sesuatu yang tidak betul.
Dalam temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi di Wisma Budi, Kuala Lumpur baru-baru ini, Tan Sri Rais merujuk situasi politik semasa berkaitan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu 3R.
Merujuk kepada isu membabitkan kenyataan Bekas Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu keagamaan Guan Eng juga boleh dikenakan tindakan yang sama.
Bagaimanapun katanya, setakat ini, isu menyentuh 3R masih belum diwartakan sebagai satu undang-undang dan tidak termasuk dalam Akta Hasutan 1948.
Pada 25 Julai lalu, Jemaah Menteri bersetuju supaya Akta Hasutan 1948 (Akta 15) disemak bagi melindungi Institusi Raja daripada sebarang provokasi.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, aspek membabitkan agama dan bangsa turut akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.