BANGI, Jumaat – Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 esok.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.
“Saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi pilihan raya di Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk kerajaan negeri Selangor.
“Kami bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat negeri ini pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan,” katanya ketika berucap pada Amanat Khas Menteri Besar Selangor yang disiarkan di Facebook beliau hari ini.