BANGI, Jumaat- PAS sekali lagi menampilkan calon penyandang kerusi DUN Bandar pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN-15) iaitu Ahmad Shah Mohamed.
Ahmad Shah dahulunya yang memegang kerusi DUN Bandar selama lima tahun lamanya, menyifatkan tidak sukar untuk beliau meraih kembali mandat dan kepercayaan di DUN berkenaan ketika PRN ini.
Ini kerana, lima tahun berkenaan digunakan sebaik-baiknya oleh pihak beliau dalam menyelami, membantu dan mendalami rakyat DUN Bandar terhadap segala isu yang dialami oleh mereka.
“Lima tahun dan memang, jangka masa lima tahun itu kita guna betul-betul, kepada masyarakat khususnya untuk warga DUN Bandar, jadi rakyat boleh melihat sendiri saya, bekerja dan saya buat apa, yang menjadi keperluan rakyat. ujarnya.
“Dan memang saya keluar masuk kampung melihat sendiri, dan bila kita dah tengok lima tahun, untuk bertanding ini dan ia bukanlah benda yang sukarlah, jadi persiapan kita sudah sekian lama.”
Beliau ditemui TV Pertiwi di Markaz Gerakan PAS Dun Bandar, di Kampung Losong, Dun Bandar, Kuala Terengganu hari ini.
Dalam pada itu, beliau dengan teruja berkongsikan antara tawaran yang menarik dan tawaran terdahulu yang mahu diteruskan oleh legasi parti Islam berkenaan khususnya buat rakyat di DUN Bandar.
“Kita menawarkan, pembelian motor, dengan pinjaman pihak kerajaan tanpa, bunga, bernilai empat ribu, sesiapa yang ingin mendapatkan tawaran daripada pihak kerajaan inilah, tawaran, manifesto, terutamanya untuk orang-orang MUDA yang mahu berkerjaya ataupun keluarga yang belum ada kenderaan, mereka boleh mengambil kemudahan ini.”
“Dan diantara tawaran, yang lain kita juga, memberikan pinjaman dana kepada, khususnya kepada usahawan-usahawan muda.”
Ujarnya, harapan terbesar yang mahu beliau bawakan buat DUN Bandar sekiranya menang pada pertandingan pilihan raya di enam negeri ini adalah pembinaan rumah percuma buat golongan B40 yang bernilai di antara RM13,000 hingga RM 20,000.
“Adapun peringkat saya di DUN Bandar, fokus utama saya ialah untuk menyediakan, rumah kepada dun bandar, kekangan kepada saya yang paling besar ini adalah, tempat yang padat hampir tiada lagi, tanah-tanah yang boleh kita tawarkan untuk dijadikan kawasan perumahan.”
Lantaran itu, beliau menyifatkan lahirnya gelombang hijau setelah PAS mula menjadi komponen bersama BERSATU, Gerakan di dalam PN sehingga rakyat menzahirkan rasa layaknya PAS memimpin semula.
Yakni terdapat Isyarat sangat jelas ditunjukkan oleh rakyat DUN Bandar sewaktu beliau membuat tinjaun mesra dari kampung ke kampung di musim kempen PRN ini.
Terdahulu, DUN Bandar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Luqman manakala Barisan Nasional pula mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd.
PAS pula menampilkan penyandang kerusi sebelum ini Ahmad Shah Mohamed.