BANGI, Jumaat- Negeri yang sekian lama digelar pencetus peradaban Melayu Islam iaitu Terengganu kini dikejutkan dengan kehadiran calon MUDA yang menampilkan Ketua Penerangan, Luqman Long.
Anak jati Terengganu itu hadir untuk menghangatkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN 15).
Setiap kemunculan pasti akan disertai dengan beberapa tawaran yang dijanjikan kepada penduduk DUN Bandar.
Antara tawaran yang bakal disemai adalah menyelesaikan soal isu yang sering membelenggu setiap komuniti di DUN tersebut, misalnya isu pekerjaan dalam kalangan anak muda, isu gaji minimum yang begitu rendah yang nilainya tidak setaraf dengan negeri lain malah masalah mobiliti pengangkutan awam yang tidak kondusif dan berkala di Terengganu.
rupanya-rupanya ada masalah besar seperti, pekerjaan untuk, anak-anak terengganu yang sangat terhad ini menyebabkan lebih ramai, anak-anak terengganu berhijrah pergi ke luar negeri, pergi ke luar negara ada yang duduk kl ada yang duduk johor, ada yang sampai singapura dan australia kerana, di sini tiada peluang kerja, saya juga berjumpa anak terengganu yang bekerja di terengganu ada masalah dengan gaji, gaji di sini secara puratanya lebih rendah, berbanding di negeri lain, kerana mereka perlu tinggal bersama ibu bapa mereka kerana ada adik beradik yang kena jaga, isu pengangkutan awam mobiliti yang di sini sehingga terpaksa amik pinjaman pembelian kenderaan kerana tiada bas awam.”
Beliau berkata demikian ketika ditemui TV Pertiwi di Pusat Khidmat MUDA DUN Bandar, Kuala Terengganu hari ini.
Turut membantu beliau berkempan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Puteri Wangsa Amirah Aisyah.
Beliau turut menepis dakwaan bahawa memilih MUDA adalah satu keperluan di atas kapasiti kurang memudaratkan.
“Saya mendengar bila orang berkata, Luqman kita taknak undi PH, tapi di seberang sana ada PN, jadi kita terpaksalah undi PH, yang sudah bersama dengan UMNO Luqman jadi kita sebagai parti politik tawaran terbaik, yang kita boleh buat akhirnya pilih lah yang kurang buruk, pilih lah yang kurang jahat, pilihlah yang kurang nakal yang kurang buat, fitnah dan sebagainya, jadi itu tidak bagus, sepatutnya sebagai parti politik sebagai calon kita kata, pilih kami bukan kerana mereka itu, bukan kerana mereka lebih buruk daripada kami, kerana kami ada tawaran, agenda yang lebih baik, kerana kami mahu bawa suara rakyat, yang merentas kaum agama, bangsa, dan itu yang MUDA cuba buat.”
Ini kerana parti tersebut begitu jauh lebih baik berbanding dua gergasi gabungan parti yang sekian lama bertapak dalam arena politik tanah air iaitu BN-PH dan PN.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa perjalanan kempen, ceramah dan sesi tinjauan mesra dilihat begitu lancar malah diterima oleh rakyat di DUN Bandar.
Justeru, kerisauan utama MUDA ketika ini adalah peratusan keluar mengundi di DUN berkenaan yang semakin merosot dek kerana rakyat sudah penat dengan pertandingan pilihan raya yang diadakan pada setiap tahun, namun akhirnya tiada
Terdahulu, DUN Bandar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Luqman manakala Barisan Nasional pula mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd.
PAS pula menampilkan penyandang kerusi sebelum ini Ahmad Shah Mohamed.